KENALI EN. NUR AZAM ZAMBERI

 
 

"Bukan keadaan anda, tetapi keputusan

anda yang akan tentukan tandir anda!"

"Do more, expect less!"

 
 

PENCAPAIAN BELIAU

ACHIEVERS' CLUB 2008/09, PRESIDENTS' CLUB 2009/10 • PRODUCERS' CLUB 2010/11 MILLIONDOLLAR AGENCY DIRECT UNIT SEJAK 2010 HINGGA SEKARANG • MILLIONDOLLAR AGENCY GROUP SEJAK 2011 HINGGA SEKARANG • CHAMPIONS AGENCY MANAGERS NATIONWIDE 2010/11 1ST RUNNER UP GROUP AGENCY MANAGERS NATIONWIDE 2012/13, 2013/10 AGENCY INCENTIVE TRIP KE HONGKONG, UMRAH, CASABLANCA, TAJ MAHAL, LONDON, ITALY, DUBAI, MONACO & PARIS, OSAKA JEPUN O MENJADI SPEAKER JEMPUTAN DI DI WORLD TAKAFUL CONFERENCE 2012 DI KL • MEWAKIL MALAYSIA SEBAGAI SPEAKER DI AGEAS REGION LEADERS CONFERENCE 2012 DI BALI • QUALIFIER AGEAS REGION LEADERS CONFERENCE 2012,2013,2014

 

"At The TOP.

Nak naik TOP penat berpeluh letih kadang-kadang was-was.

STEP 1.

Kena mendongak kena mendaki kena naik tangga kena cari laluan atau buat laluan kena yakin kena optimis kena positif kena fit kena bermatlamat kena bertanya kena belajar kena istiqomah.

Bila dah sampai TOP seronok puas happy enjoy! Pandangan pun luas kedepan. Rasa macam 'berjaya'.

Tapi kejap je. Lagi sekejap dari perjalanan naik ke TOP. Kena plan next move.

Ada naik, ada turunnya. Bila turun maka kita berpeluang naik semula.

So repeat STEP 1.

Kena mendongak kena mendaki kena naik tangga kena cari laluan atau buat laluan kena yakin kena optimis kena positif kena fit kena bermatlamat kena bertanya kena belajar kena istiqomah untuk ke TOP lagi.

Nak berjaya memang susah , tapi lagi susah kalau tak berjaya"

Gambar di bangunan tertinggi di Kobe Japan.

 

 

 

Siapakah anda sebelum bergelar seorang ejen Etiqa?

"Sebelum bergelar seorang ejen Etiqa, saya dahulunya adalah seorang supervisor yang berkhidmat di kilang multinasional semikonduktor di Ipoh, Perak"

 

Perancangan yang baik dapat membina masa depan yang gemilang. Nasihat anda untuk ejen baru?

"Sebagai seorang ejen yang baru menempuh perniagaan ini, anda mestilah menjadi seorang yang bercita-cita besar dan sanggup memberi komitmen dengan penuh disiplin. Cintakan ilmu, susun atur bisnes harian anda mengikut apa yang telah ditetapkan mengikut sasaran anda. Be a good follower"

 

Nikmat terindah yang telah anda peroleh sebagai ejen?

"Saya dapat membawa keluarga saya menikmati kehidupan yang selesa membahagiakan dan berjaya membawa ibu dan abah saya bersama sama mengerjakan Umrah pada tahun 2014. Seawal usia ini juga, saya berjaya memilik aset hartanah berjumlah hampir RM10 juta"

 

Apakah cabaran genting yang dihadapi dalam membina kejayaan anda sehingga ke hari ini?

"Saat saya meyakinkan ibu bapa saya, keluarga mertua dan isteri tercinta akan perniagaan ini. Juga meyakinkan kepercayaan ejen-ejen tentang membina masa depan gemilang di dalam bisnes takaful"

 

Info

Azam Achievers Management (AAM) merupakan agensi yang berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA) di bawah pengawasan Bank Negara. AAM juga bergerak seiringan dengan rakan perniagaannya.

Langgan